Khadam Di Saat Yang Terakhir...
Tuesday, November 10, 2009
Sememangnya sudah terlalu lama saya tidak mengemaskini blog ini. Pengajian yang bermula sejurus tamat aidilfitri yang lalu memberi satu kejutan baru dalam jadual aktiviti kehidupan saya. Pengajian saya di tahun 3 Ta’hili Abu Nour melibatkan pengajian 19 madah dalam ruang masa 26 jam seminggu benar-benar menarik sebahagian besar masa saya sekarang untuk bergelumang dengan dunia baru ini.
Mana tidaknya, kefahaman yang sukar di dalam beberapa madah yang dipelajari memaksa saya untuk memberikan tumpuan tambahan kepada madah tersebut baik dengan cara bersifu khususi mahupun melalui pembacaan tambahan. Sepastinya, saya sudah lama tidak dapat berkongsi pengalaman mahupun cerita-cerita menarik yang dapat dimanfaatkan bersama di dalam blog ini.
Teringat kisah saya bersama salah seorang sahabat baik saya Ust Redzwan yang sekarang bermusafir ilmu di Bumi Indonesia. Saya menceritakan bagaimana saya sebenar di sini agak kekurangan rakan dan teman untuk berkongsi kisah suka duka. Begitu juga untuk berkongsi idea dan pendapat. Saya juga menceritakan, seandainya saya jatuh ataupun tersungkur di sini, belum tentu saya cukup kuat untuk bangun kembali kerana ketiadaan teman-teman disisi untuk memangkin kembali semangat yang hilang.
Jawab Ustaz Redzwan mudah, “Siapa cakap tiada teman untuk berkongsi? Ramai yang menanti perkongsian nta dalam blog tu, kenapa tak update?,”
Walaupun jawapan itu hanyalah satu jawapan yang mudah atau dengan kata lain slumber, tapi saya cuba untuk mengambil apa yang positif darinya. Saya tidak rasakan ramai yang menjadi pembaca setia untuk blog ini, tapi sekurang-kurangnya blog ini boleh menjadi teman buat saya berkongsi. Ya, bagi saya mungkin. Walaupun tidaklah saya akan menceritakan perihal peribadi dan masalah saya di dalam ini dari A sampai Z yang menyebabkan orang naik muak dengan penulisan saya tanpa sebarang percambahan faedah dan isi serta perkembangan idea.
Agaknya saya ini suka memberi alasan kerana saya masih lagi ingin berkongsi tentang kehidupan saya di sini sejak kebelakangan ini. (Untuk orang yang nak baca sahaja)
Permasalahan yang berlaku melibatkan pengguna kad ATM BSN di sini apabila gagal untuk melakukan transaksi pengeluaran wang sedikit sebanyak juga memberi kesan dalam kehidupan saya. Orang lain yang masih lagi mempunyai baki simpanan wang di tangan ataupun di dalam akaun bank yang lain menjadi satu kelebihan bagi mereka buat masa ini.
Yang lagi menekankan, apabila kad ATM Maybank saya juga gagal berfungsi tidak sebagaimana orang lain. Tidak dapat tidak, sudah 2 minggu saya hidup dengan ihsan orang lain walaupun hanya untuk membayar tambang menaiki servis ke kuliah yang bernilai 10 lira setiap hari.
Dalam keadaan yang sebegini, saya rasa tidak patut pula bagi saya mengorbankan duit kepada tuan cyber café untuk mengakses internet mahupun untuk melihat perkembangan isu semasa sedangkan tambang untuk ke kuliah pun tidak mencukupi.
Kebiasaannya, saya membaca blog sahabat-sahabat saya mahupun mana-mana blog yang menjadi tatapan setia saya hanya melalui Nokia N82 saya. Sepastinya saya rasakan, sayalah orang pertama yang akan membaca tulisan mereka setiap kali mereka mengemaskini blog kerana saya akan mendapat isyarat bahawa mereka sudah mengeluarkan post yang baru. Namun, di atas masalah ‘sekatan ekonomi’ yang berlaku ini menyebabkan hampir 2 minggu sudah saya tidak dapat mengikuti perkembangan sahabat-sahabat saya serta perkembangan isu-isu baru dan sensasi di Malaysia melalui blog-blog yang sentiasa menjadi tatapan di mana saya berada dengan Nokia N82. Semuanya gara-gara tiada lagi saki baki wang ditangan saya untuk menambah nilai dalam talian MTN saya.
Keadaan ini juga menyebabkan saya sudah lama tidak dapat online Yahoo Messanger. Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat di Syria yang tersangkut untuk menghubungi saya dan memaksa kalian untuk hanya menelefon ataupun menyampaikan pesan melalui orang lain sahaja.
Saya mengharapkan agar saya segera dapat mengatasi masalah ini supaya dapat meneruskan kehidupan saya seperti biasa dengan lebih tenang dan aman tanpa sebarang kebergantungan yang berlebihan kepada orang lain.
Dalam sudah lama saya tidak diizinkan untuk mengemaskini blog ini, sudah terlalu banyak coretan yang tertangguh yang mungkin saya akan kongsikan setiap kali bila tiba masa yang saya fikirkan sesuai.
Terasa iri hati pula kepada sahabat-sahabat saya di Jordan, Mesir dan Malaysia yang mempunyai akses internet yang mudah dan juga saya boleh katakan murah. Moga-moga saya sentiasa dapat mengikuti perkembangan mereka yang agak laju di sana.
Persoalannya, apa kena artikel ini dengan tajuk di atas?
Sebenarnya, sememangnya saya ingin menulis artikel ini berkenaan dengan Khadam Di Saat Yang Terakhir. Namun, akibat muqaddimah artikel ini sudah menjadi terlalu panjang, maka saya fikirkan tajuk ini akan saya ceritakan dalam post yang akan datang.
Saya harapkan post yang akan datang itu adalah dalam masa yang terdekat.
Mana tidaknya, kerana bermula esok pula, saya akan bermuzakarah (exam) bagi setiap madah dalam pengajian saya. 19 madah bermakna 19 hari pengajian akan saya tempuh untuk menghadapi peperiksaan awal tersebut. Nampak gaya, Ta’hili ini memang membawa saya masuk bergelumang di dalam dunianya. Namun saya bersyukur kerana dunia ini adalah dunia yang penuh dengan keberkatan bagi saya.
Mudah-mudahan Allah melemparkan kekuatan kepada diri ini untuk meneruskan perjuangan yang tidak berkesudahan ini.
Buat sahabat-sahabat, doakan buat saya agar terus istiqamah. Bukan hanya istiqamah untuk mengemaskini blog, tetapi istiqamah dalam perjuangan yang sedang saya berdiri di atasnya kini. Moga-moga Allah merahmati kalian.
Apapun, saya tetap menginsafi diri saya dengan satu kata-kata ;
“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalil”
AlFaqir Ila Allah,
Muhamad Azan Safar
p/s : Ini kalau naqib saya di Malaysia terbaca, tentu mengeleng kepala sebab panjang dan banyak sangat alasan yang saya berikan. Apapun, mohon maaf ya Mr. President.


3 comments:
Benarlah, hati mukmin itu sentiasa bertemu saat mengingatinya...Angah di sini sentiasa mendoakan kebrkatan yang berpanjangn untuk usu yang tercinta..moga korbanmu di Syria sana bakal digantikan oleh Allah dengan ganjaran yang maha besar...Tok Kenali pernah makan kulit timun, Us Nik juga begitu, ramai para murabbi kita hanya makan nasi berkuahkan sisa minyak gorengan ikan masin...andai ada masalah, kekanda-kekanda mu di Jordan,Masih Syam sentiasa sudi membantu...dan kami juga mendepakan tangan seluasnya, andai tanah jiran palestin ini menjadi pilihanmu masa hadapan...Akhuk Fillah...
Su,,ateh cuba memanjangkan kalam ngoh,,mengaminkan doa dan harapan ngoh..tabahlah dengan ujianNYA,semata2 untuk DIA melihat kesungguhan,kejuhudan hambaNYA..pasti Dia ganjarkan nanti dengan yang lebih baik..
salam azan.
berat juga ujian yg enta terima ya.
camna ana blh bantu?
p/s: ana sentiasa ikuti perkembangan enta melalui blog. salam rindu..
Post a Comment