Selesai peperiksaan akhir semalam, saya
mengambil ruang berkongsi-kongsi pandangan dan pelbagai cerita bersama
teman-teman. Kami semua berceloteh panjang. Masing-masing punyai cita-cita yang besar dan impian yang tinggi
melangit untuk ummah. Seronok melihat teman-teman saya dalam melontarkan idea
pandang dan konsisten mereka dalam perbincangan. Semuanya kerana jiwa mereka
yang cintakan perjuangan.
Kami juga bermuhasabah. Membuang
karat-karat lama untuk dibersihkan. Akhlak diperkasa, ilmu dibina. Niat
disegarkan kembali. Azam dipasang untuk tekad, siap untuk berpencak.
Lagi manis apabila kami sama-sama
mengikat janji. Mematri janji nyata untuk bersama. Usah difikir di mana kita
walau tercampak jauh merata. Jatuh bangun kita pasti tetap bersama, terus membina ummah
harapan untuk semua.
Kami membaca masa hadapan, begitu
banyak yang perlu ditempuhi. Lain cabarannya, lain ujiannya daripada masa
sekarang. Namun atas harapan melihat gerakan terus kehadapan, kami tidak gentar
untuk melakukan perubahan.
Ya, saya berpegang dengan baiah itu.
Pasti sekali memberikan inspirasi buat saya dan teman-teman. Saya namakan ia
Baiah Kek Coklat kerana terkejut dengan kek coklat yang dihidangkan selepas
itu. Manis. Semanis ukhwah yang dilestari. Semanis aspartame.
![]() |
| Baiah Kek Coklat |
Jangan disekat impian kami kerana
makin disekat makin laju kami mara. Makin diuji makin kuat kami bersama.
Ayuh teruskan perjuangan teman-teman..!
M.A.H.A.S.A.R.I

1 comments:
Ayuh kte bangkit demi mnjunjung islam tercinta~
Post a Comment