Friday, January 13, 2012

Ini Bukan Tarbiyah Kita..

Beberapa hari yang lepas, masuk satu emel ke dalam inbox Gmail saya dari seorang sahabat. Penuh dengan luahan kebimbangannya terhadap situasi yang menimpa ahli gerakan pada hari ini. Solusi dan respon dipinta. Saya pula terkelu. Senyap tanpa jawapan balas. Saya mengerti kebimbangannya.

Hari ini menerima jemputan sebuah kampus untuk bersama mengimarahkan qiamullail yang di adakan. Jumlah muslimin yang berjemaah 4 orang termasuk imam. Muslimat dalam lingkungan 12 orang barangkali.

‘Mungkin fatrah exam,’ Detik hati saya.

Tapi menurut maklumat dari seorang sahabat, 'Paling ramai pun 15 orang di kalangan muslimin dan 20 orang dikalangan muslimat, sepanjang setiap minggu qiamullail di adakan. Itu paling ramai,'

‘Mereka qiam di kolej barangkali, Nabi pesan hidupkan solat di rumah-rumah kamu, jangan jadikannya seperti kubur, mungkin hadis ini yang dipegang, bimbang kolej dan rumah menjadi kubur’ Hati saya berkata mungkin.

Mungkin juga mesej jemputan diterima setiap minggu sehingga lali dan dilihat biasa. Kita kan suka perkara yang luar biasa. Benda yang grand

Teringat pesan naqib saya, Ustaz Idris ketika berusrah dengannya di PitStop.

‘Sejauh mana pun kalau kita nak memacu gerakan kita, ada 3 perkara yang kita tak boleh lari. Fikrah, Tarbiyah dan Ukhwah,’ Saya bermuhasabah.

Masih terngiang-ngiang kisah bagaimana teman-teman PKS di Indonesia menjaga amal tarbawi mereka. Seorang ahli parlimen PKS yang tidak berusrah selama sebulan akan digantung keahlian. Dasyat tarbiyah mereka.

Amal-amal tarbawi dilihat besar dari pandang sisi mereka walaupun mereka sudah jauh ke hadapan dalam memacu gerakan. Dan kita, masih di dalam paradigma kita yang tersendiri. Tasawwur tarbiyah begitu sempit sekali. Bila disebut tarbiyah, pasti amalan ruhiyyah sepeti qiamullail, ceramah, usrah, dan tamrin yang tergambar.

Sudahlah sempit, itupun bermusim. Amalan-amalan ruhiyyah yang disebut hanya akan dipraktiskan dengan jayanya di program-program tarbiyah tapi gagal di alam realiti. Kemudian muncul pula di dalam Pilihan Raya Kampus. Ahli diseru untuk banyakkan zikir, bangun malam, banyakkan munajat untuk peroleh kemenangan. Setelah selesai, Cahaya ruhiyyah malap kembali.

Mungkin mengharap rahmat dan berkat Allah untuk turun, namun kita menghampiriNya pun mengikut syarat dan musim.

Aduh, rahmat dan berkat apa yang kita nantikan sebenarnya kalau begini?

Saya hanya bimbangkan survival ahli gerakan di masa akan datang kalau terus begini caranya kita sekarang.

3 comments:

Sakinah Mohammad said...

Biiznillah, sama2 la kita berdoa moga diri kita sendiri juga, ditingkatkan kesedaran tarbiyah dalam diri untuk sama2 memacu ahli-ahli gerakan Islam membangun bersama pembangunan tarbiyah.

Fikri Arrazi said...

Dalam 100 orang mungkin 10 orang yang sanggup bersama untuk bergerak. Jika ada 10 orang mungkin hanya 1 orang yang sanggup untuk bergerak. Islam itu pasti akan tertegak pada paksinya, walaupun tanpa kita sendiri. Itu janji Allah. Namun, berharaplah bahawa kita adalah salah seorang daripada orang yang sanggup untuk bergerak bersama dalam 1 gerakan Islam.

[muhasabah] (",)

Anonymous said...

kita lemah jika sehari kita tidak ditarbiyah dan mentarbiyah... "rela ditarbiyah dan mentarbiyah" itulah kata2 akak2 dan abg2 masa kita mula2 mendapat pentarbiyahan di bumi barakah Darul Quran 2006-2009.